top of page

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

         

 

 

 

 

 

 

          Di dalam tahun ini juga pada 01 Jul 1980, teraju pemerintahan telah sekali lagi bertukar tangan dari Lt Kol Baharum bin Mohd Yusof kepada Lt Kol Syed Haidzir bin Syed Ahmad dimana Pegawai Memerintah yang lama telah ditukarkan ke Markas Divisyen Pertama. Sekembalinya pasukan ini dari Latihan Gonzales IV, pasukan telah bertungkus lumus menyiapkan diri untuk perbarisan istiadat pengurniaan panji-panji rejimen. Perbarisan istiadat ini telah berlangsung pada 15 Okt 1980 dan istiadat pengurniaan panji-panji telah dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Kol Yang DiPertua Rejimen Askat Melayu DiRaja, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badli Shah. Turut berangkat hadir di upacara gilang gemilang itu ialah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Tunku Bahiyah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Perbarisan istiadat pengurniaan panji-panji rejimen telah diketuai sendiri oleh Pegawai Memerintah Pasukan, Lt Kol Syed Haidzir bin Syed Ahmad manakala ketua-ketua kompeni yang mengambil bahagian ialah:

 

a.         Kapt Abd Rashid bin Hj Mahmud          -           Kompeni A.

b.         Kapt Razali bin Sani                               -           Kompeni B.

c.         Kapt Razali bin Razis                              -           Kompeni C.

d.         Kapt Ismail bin Hj Hassan                     -           Kompeni D.

 

          Turut mengambil bahagian di dalam perbarisan yang gilang gemilang ini ialah Mej Ahmad bin Zaki, selaku Penolong Pegawai Memerintah, Kapt Zulkarnain bin Yaakob selaku Kuartermaster dan Kapt Ainudin bin Ishak selaku Ajutan manakala Lt M Razali bin Ahmad telah diberi penghormatan sebagai Pegawai Penerima Panji-Panji. Turut hadir menyaksikan perbarisan tersebut ialah:

a.         YTM Raja Muda Johor.

b.         Ketua Turus Tentera Darat.

c.         Panglima Divisyen Ketiga.

d.         Panglima Briged Keempat.

e.         Pengerusi Kor RAMD.

f.          Setiausaha Kerajaan Negeri.

g.         Ahli Dewan Undangan Negeri.

h.         Yang Amat Mulia Datok Naning.

i.          Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka.

 

          Panji-Panji Rejimen telah dianugerahkan oleh Kol YDP RAMD iaitu DYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada 15 Okt 1980 semasa di Kem Terendak, Melaka. Pegawai Pembawa Panji-Panji semasa anugerah tersebut adalah Lt M Razali bin Ahmad (Pangkat terakhir Mej Jen Dato’ Razali bin Ahmad).

 

          Pada 20 Mac 2006 pasukan telah dipertanggungjawabkan melaksanakan Kawalan Kehormatan Utama sempena pemashuran Kem Syed Sirajuddin, upacara perasmian telah disempurnakan oleh Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Jamalullail.  

bottom of page