

BATALION KE-14
REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA
(MEKANIZE)
LAGU PASUKAN
Lagu pasukan pertama kalinya dinyanyikan di hari penganugerahan Panji-panji pasukan oleh DYMM Sultan Kedah pada 15 Okt 1980, di Kem Terendak, Melaka. Lagu ini telah dicipta oleh SMR ketika itu iaitu PW I Thazali @ Ghazali bin Mohd Elah manakala lirik telah dicipta oleh LKpl Adam bin Arshad.
WIRA 14
14 Melayu Askar Di Raja
Khidmat Cemerlang Penuh Berjasa
Gagah Perkasa Taat Setia
Menjaga Agama, Bangsa dan Negara
Bujur Lalu Melintang Patah
Inilah Sumpah Warga Wira
Biar Jasad Bermandi Darah
Maralah Wira Dan Terus Mara
Dengan Semangat Jihad Di Dada
Serta Ingatan Kepada Allah
Musuh Ditempuh Di Mana Saja
Bertekad Pantang Menyerah Kalah
Jauhi Segala Sikap Yang Durja
Semangat Perwira Tetap Dijaga
14 Melayu Askar Diraja