top of page

Aktiviti Terkini

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Pasukan

15 Mac 2015

Sambutan Maulidurrasul peringkat pasukan telah diadakan di Surau Pasukan pada 15 Mac 2015. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan kuliah maghrib dan Solat Isyak berjemaah. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang diadakan diperkarangan luar surau pasukan. Penglibatan disertai oleh semua pegawai dan anggota 14 RAMD (MEK).

Pertunjukkan TTS Sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

14 Jan 2015

Pasukan telah ditugaskan untuk membuat pertunjukkan Tempur Tanpa Senjata (TTS) sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-67. 

Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 14 RAMD (MEK)

26 Dis 2014

Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu DiRaja telah berlangsung di Padang Kawad 14 RAMD (MEK) pada 26 Dis 2014 di antara Lt Kol Abd Munir bin Hj Abd Rani dan Lt Kol Rosidi bin Mat Saad. Turut hadir menyaksikan perbarisan ini adalah Ketua Staf Markas 1 Briged iaitu Lt Kol Hamadi bin Hasan.

Op Daratan Siri 4/2014

14 RAMD (MEK) telah menjalankan Op Daratan Siri 4/2014 di Sabah. Tugas operasi adalah selama 3 bulan. Menerima tugas operasi daripada pasukan 2 RAMD pada tanggal 16 Sep 2014 dan menyerahkan tugas operasi kepada pasukan 24 RAMD pada tanggal 15 Dis 2014. Tugas yang telah diamanahkan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Kawalan Kehormatan Utama Sempena Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka

31 Ogos 2014

Kawalan Kehormatan Utama ini terdiri daripada 3 Pegawai dan 105 LLP bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka yang telah berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka. Ketua Kawalan adalah Mej Zulkurnain bin Mohtar dan Pegawai Panji-Panji adalah Lt M Mohd Noornazrin bin Mohd Norzri.  Kawalan telah diperiksa oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob.

Majlis Makan Malam Rejimental Sempena HUT Pasukan Ke-44

27 Jun 2014

Majlis telah berlangsung pada 27 Jun 2014 di Hotel Royale Bintang Seremban. Telah dihadiri seramai 215 termasuk pasangan yang terdiri daripada Ahli Wisma Perwira dan Ahli Wisma Bintara. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Abd Munir bin Hj Abd Rani.

Perlawanan Akhir Piala Sultan Abdul Halim Muadzam Shah 2014

22 Jun 2014

Perlawanan Akhir PSAHMS telah berlangsung di Padang Bola Sepak Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi di antara 14 RAMD (Mek) menentang 19 RAMD (Mek). Keputusan akhir adalah 19 RAMD menang dengan jaringan dua gol berbalas satu.

Hari Interaksi Peringkat 1 Briged

21 Jun 2014

Hari Interaksi Peringkat 1 Briged telah berlangsung di 14 RAMD (Mek) pada 21 hingga 22 Jun 2014. Pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya Pertandingan Bola 7 Sebelah, Majlis Barbeku Wisma Perwira dan Bintara serta Menonton Bola Sepak Piala Dunia. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Panglima 1 Briged, Brig Jen Datuk Adnan bin Abu Bakar.

Eksesais Haringgaroo 65/2014

21 Jun 2014

Seramai 8 Pegawai dan 100 LLP telah terlibat dengan Eksesais Haringgaroo yang telah berlangsung pada 6 hingga 20 Jun 2014 dimana juga melibatkan pasukan-pasukan di bawah naungan 1 Briged dan Royal Company Butterworth (Australia). Eksesais ini melibatkan semua fasa peperangan konvensional. Turut hadir menyaksikan serangan akhir adalah Menteri Belia dan Sukan Khairil Jamaluddin, Panglima 3 Divisyen Dato' Sheikh Mohsin bin Sheikh Hassan dan Panglima 1 Briged Datuk Adnan bin Abu Bakar.

Lawatan Ulung Pengerusi BAKAT 1 Briged

29 Mei 2014

Lawatan Ulung ini telah berlangsung pada 28 Mei 2014 oleh Pengerusi BAKAT 1 Briged iaitu Datin Zaruna binti Abd Rahman. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengeratkan silaturahim antara Ahli BAKAT "TEGUH BERANI" dan BAKAT 1 Briged.

Please reload

bottom of page